Wednesday, December 7, 2011

Pendarahan dalam otak akibat tekanan darah terlalu tinggi



Salam, ini kisah benar yang Din nak share ngan kawan-kawan.
Ada kawan blogger din praktikal kat emergency department hospital Ampang.
dah macam-macam case dia tengok. 
tapi inilah kali pertama dia lihat patient datang hospital,
tunjuk simptom-simptom penyakit dan tengok cara doktor diagnose pesakit tuh.


5th day at ampang hospital~ red zone.
- Malay male, 40+ years old.
- Pesakit datang ke emergency deparment dengan abangnya.
- Pesakit sedar, tahap kesedaran (GCS) 10/15 -tapi tak boleh bercakap
- Mengadu lemah tangan dan kaki belah kanan (doktor suspek strok@Cerebral Vascular 
   Accident)
- Pesakit nampak lemah dan berpeluh serta tak boleh kawal pergerakan mata
- Pesakit memang ada penyakit tekanan darah tinggi
- Vital sign pesakit diambil.
 Tekanan darah 221/120mmHg (tak pernah makan ubat)
- Electrocardiogram untuk cek jantung pesakit (didapati jantung kurang oksigen@slight      
   Myocardial infarction)
- Bantuan oksigen diberi 'high flow mask 15L'
- Darah pesakit diambil-telah dihantar ke lab dan sedang tungu keputusan darah.
- CT scan pada otak dibuat (ketulan darah didapati pada otak kanan)
- IV drip dipasang pada pesakit. 1 pint normal saline-in progress

Penyakit pesakit - pendarahan dalam otak kanan disebabkan tekanan darah terlalu tinggi. Doktor telah pun plan untuk emergency operation untuk buang pendarahan tersebut. Actually pesakit dapat penyakit ni disebabkan oleh pressure salur darah terlalu tinggi di otak dan pecah (burst) menyebabkan pendarahan berlaku.

so, Dia menyeru kepada mereka yang ada tekanan darah tinggi,
jangan sesekali anda lupa untuk makan ubat.
kurangkanlah makanan yang masin dan berminyak.
minumlah air kosong dengan banyak.


anda mahukan ini?
"gaya hidup tidak sihat -> tekanan darah tinggi -> strok"

bertindaklah sebelum terkena.

0 komen:

Post a Comment

terima kasih kerana minat anda untuk memberi respons...

Note: Only a member of this blog may post a comment.